Berita Kampus:

    Thantawi Menerangkan Kembali Fatwanya Tentang Bolehnya Muslim Membangunkan Gereja

    Aktivis HAM menyatakan bahawa Dr. Sayyid At Thanthawi telah mengeluarkan fatwa mengenai bolehnya Muslim bangun gereja, sedangkan Syeikh Al Azhar ini menyanggah kenyataan tersebut.

    Adalah Najib Jibrail, utusan Persatuan Mesir untuk Hak Asasi Manusia menyatakan bahawa Dr. Thanthawi menyatakan bahawa dirinya membolehkan bagi Muslim berderma untuk membangun gereja. Ia juga menyatakan memiliki rakaman yang memuatkan pernyataan itu.

    Akan tetapi, sebagaimana dinyatakan laman sesawang Jabhah Ulama Al Azhar (Front Ulama Al Azhar) bahawa sebelumnya, Syeikh Thanthawi menyatakan bahawa terdapat salah faham dalam memahami pernyataan beliau, yang bererti bahawa boleh bagi kaum Nasrani membangun gereja, bukan Muslim, sebagaimana diberitakan dalam akbar Ad Dustur (23/9).

    Beliau mengatakan, bahwa dalam pertemuannya dengan utusan Persatuan Mesir untuk Hak Asasi Manusia beberapa waktu lalu, beliau tidak mengkritik fatwa yang telah dikeluarkan Darul Ifta Al Mishriyah (Lembaga Fatwa Mesir), yang menyebutkan bahwa orang Muslim tidak boleh berderma untuk membangun gereja, dan beliau tidak membantah fatwa ini. Tetapi beliau berbicara mengenai bolehnya orang Nasrani menderma untuk membangun gereja, bukan orang Muslim. Sebagaimana orang Muslim dibolehkan berderma untuk membangun masjid. Dan saat itu pula beliau menjelaskan, sesiapa saja dilarang menderma bagi membangunkan industri minuman keras dan kelab-kelan malam, atau tempat maksiat lainnya.

    www.hidayatullah.com

    0 Responses

Blog Widget by LinkWithin