Berita Kampus:

    Membazir yang tidak haram?



    Innal mubazzirina kanu ikhwana asy-syayaathin, wakana asy-syaithaanu lirabbihi kafuraa..
    "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu pula adalah mahkluk yang sangat kufur kepada Tuhannya"
    [Al- Isra’ ayat 27]


    Berdasarkan ayat ini, jelas menunjukkan perbuatan membazir adalah haram dan merupakan kemaksiatan (berdosa) kepada pelakunya ..

    Dibawah ini saya senaraikan situasi-situasi yang memang biasa dilakukan dalam kehidupan harian yang boleh dikaitkan dengan isu membazir ini.. Mungkin anda juga sering lakukannya.. Berdasarkan pemahaman anda, adakah situasi-situasi ini berdosa yakni melakukan keharaman kerana membazir?

    1. Ramai diantara kita sudah ada banyak koleksi pakaian yang mencukupi malah ada pakaian yang didalam almari tu yang jarang dipakai .. Tapi masih tertarik untuk beli baju baru.. Adakah perbuatannya ini membazir dan berdosa?

    2. Ramai diantara kita yang mempunyai hobi mengumpul barang-barang.. Contohnya kumpul stem, key-chain, komik, pen, kad, dan banyak lagi.. Benda tu tak digunakan sgt pun.. Just untuk suka-suka.. Kalau jual balik pun majoritinya dijual harga yang murah.. Dan biasanya mereka takde niat nak jual apa yang mereka kumpul ini.. Adakah hobi mereka ini membazir dan berdosa?

    3. Anda mempunyai kemampuan untuk membeli pen yang mahal.. Pen yang harganya over RM100. Tapi bukankah jika ikut keperluan, pen yang harga RM5 juga boleh menulis dan sedap digunakan.. Jadi jika anda membeli juga pen yang harga RM100++ tu, adakah anda melakukan pembaziran dan berdosa?

    4. Kes yang sama juga jika anda beli handphone, jam, cermin mata, kereta, moto, dan lain-lain.. Anda mampu beli yang mahal.. Tapi sbnrnya fungsi yang sama anda boleh beli dengan harga yang lebih murah.. Instead of beli kereta ferrari, lebih murah jika beli kereta Toyota, Proton.. Instead beli handphone RM1000++, fungsi yang sama boleh didapati pada handphone yang harga RM500.. Jika anda beli juga yang mahal, adakah ianya membazir dan berdosa?

    5. Peniaga-peniaga di restoran, café, kantin, warung, hatta penjual kecilan2 menjual nasi lemak dll, kebiasaannya, selepas berniaga akan ada banyak makanan yang lebih.. Dan biasanya mereka buang makanan itu.. Adakah mereka membazir dan berdosa?

    6. Kerap kali juga ibu kita memasak makanan yang berlebihan terutamanya jika ada tetamu hadir.. At the end of the day, akan ada banyak makanan yang berlebihan yang kalau simpan sampai esok akan basi.. Dan makanan itu dibuang…

    7. Perspektif yang lain.. Kita nak pergi satu tempat yang mana boleh naik bas dan teksi. Tambang bas lebih murah.. Tapi kita tetap nak naik teksi.. Atau balik kampung.. Instead of naik bas, kita naik kapal terbang..

    8. Situasi yang lebih simple, waktu makan.. Kita beli makanan seadanya ikut kemahuan.. selepas makan, tiba2 terasa kenyang dan tak mampu abiskan makanan kita itu.. Adakah kita membazir dan berdosa? Kes lain.. Kita makan abis, tapi kita tinggalkan lauk yg tidak kita gemar.. contohnya, bila makan telur masin, makan telur putih je.. telur kuning tak makan.. Ataupun ambil sayur, kita makan daunnya sahaja.. batang ditinggalkan.. Adakah bahagian yang ditinggalkan itu membazir dan kita berdosa?

    9. Situasi lain, kita bersama keluarga pergi makan angin.. Dan bila tiba waktu mkn, kita pergi ke restoran yang mewah.. Yang mana jika kita pergi restoran yang sederhana mewah juga sedap makanannya..

    10. Situasi simple yang lain seperti pasang tv tapi takde orang yang melihat.. pasang kipas tapi tak tutup bila pergi kelas..waktu gosok gigi, dibiarkan air paip terbuka.. Dibiarkan laptop atau computer terbuka tapi anda sedang lakukan benda lain..

    Dan banyak lagi situasi yang saya yakin anda sendiri boleh keutarakan dan mempersoal adakah ianya membazir atau tidak…

    Dan jika difikir-fikirkan, salah satu atau banyak situasi yang saya nyatakan ini, pernah kita lakukan.. Malah mungkin ada situasi yang kita buat hari-hari.. Aduhai.. Maknanya jika benarlah semua situasi diatas merupakan pembaziran dan merupakan kemaksiatan (berdosa), maka ramailah or majoriti dari kita hari-hari melakukan dosa.. dan bertimbun-timbunlah dosa yang kita raih drpd amalan membazir yang dilakukan dgn istiqamah setiap hari ini..

    Persoalan yang berbangkit adalah:

    Apakah batasan (guideline) untuk mengatakan sesuatu itu membazir atau tidak?

    Untuk mereka yang berpendapatan rendah, membeli pen RM100 mungkin melampau bagi mereka.. Tapi bagi mereka yang bergaji 5angka, pen RM100 murah..

    Persoalan yang paling utama ialah:

    Apakah sebenarnya definasi membazir dalam Islam?

    Imam asy-Syafie telah mendefinasikan pembaziran itu dengan pengertian “membelanjakan harta bukan pada jalan kebenaran”

    Menurut Imam at-Thabari berkaitan isu membazir ini, menghambur-hamburkan harta di jalan kemaksiatan kepada Allah adalah wali-wali syaitan.

    Pandangan 2 Imam yang mukhtabar ini boleh saya simpulkan bahawa definasi pembaziran itu ialah membelanjakan harta pada kemaksiatan kepada Allah, kepada perbuatan atau transaksi haram dan untuk kerosakan.

    Contoh:
    - Mengeluarkan belanja untuk membeli arak atau untuk berjudi.
    - Membeli kereta, rumah dan barang-barang dengan transaksi riba’.

    Perbelanjaan yang sebegini, walaupun dibelanjakan wang yang sedikit hatta 20sen sekalipun (cth: beli tikam), adalah dikira membazir dan perbuatan maksiat yang mendapat dosa..

    Salah faham tentang istilah pembaziran..

    Jika anda mampu untuk hidup senang atau mewah dari pekerjaan anda yang halal, bukanlah pembaziran jika anda membeli pakaian yang mahal2, kereta mewah, rumah banglo dan lain-lain..

    Ada yang mengatakan mereka yang berpendapatan rendah tapi membazir krn cuba untuk hidup mewah diluar kemampuannya kerana nak berlagak, riak etc.. Hinggakan nafkah keluarga diabaikan.. Dalam kes ini, yang menjadi isu bukanlah perbuatannya yang membazir.. Perbuatannya membeli barang yang mewah bukanlah keharaman.. Tapi perbuatan dosa yang dia lakukan adalah tidak menunaikan tanggungjawab memenuhi nafkah keluarga yang wajib baginya.. dan juga sifatnya yang riak..

    Sifat Syukur, tidak boros dan Menderma..

    Namun, Allah amat suka hambanya yang syukur dengan nikmat yang Dia kurniakan..

    Surah Ibrahim ayat 7:
    "Dan ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah berat"

    Surah Al-Isra’ ayat 26:
    "Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang-orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros dan melampau-lampau"

    Amatlah mulia sifat seseorang yang dikurniakan Allah rezeki yang melimpah ruah, namun dia tidak sombong, tidak boros berbelanja, dan selalu infakkan hartanya ke jalan Allah s.w.t.

    0 Responses

Blog Widget by LinkWithin